ASAP COMMUNITY

Forum for ASAP and BELAGA PEOPLES
 
HomePortalGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Ada tak aktiviti Pemimpin bersama Rakyat?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 8
Join date : 2008-02-20

PostSubject: Ada tak aktiviti Pemimpin bersama Rakyat?   Thu Feb 21, 2008 7:46 pm

Ya... sempena musim pilihan raya ni, mesti banyak persiapan yang dijalankan oleh pihak-pihak yang bertanting... Pembangkang akan cuba sedaya-upaya mencari taktik (kotor atau besih) semata-mata ingin menang. Begitu juga halnya dengan pihak Barisan. Walaubagaimanapun, jangan sampai rakyat bergaduh hanya kerana ingin menegakkan ideologi2 yang dibawa oleh parti masing-masing.
Satu hal yang paling best ketika pilihanraya ialah, kita dapat makan free selalu... hahahahaha... bagi tahu kat sini sekiranya ada aktiviti "makan-makan" ini dianjurkan.. pirat
Back to top Go down
View user profile http://asap.motionforum.net
oi lahoi

avatar

Posts : 2
Join date : 2008-02-23
Age : 35
Location : uma baha long bulan belaga

PostSubject: Re: Ada tak aktiviti Pemimpin bersama Rakyat?   Sat Feb 23, 2008 12:14 pm

bab makan free ni yg penting!hahahah..biasala,time org berkempen..mcm2 cara calon2 pilihan raya n penyokong2nya utk meraih undi. so, harap kita tidak terlalu fanatik,berpijak dibumi yg nyata..coz kita tahu,mana yg baik n buruk..jgnla gara2 berbeza ideologi politik sampai ada gaduh2..dalam keluarga pun ada gaduh2..nanti lepas habis mengundi,kita gak yg dapat malu...so, biarla berpada2:) aman la asap!Smile
Back to top Go down
View user profile
wat
Guest



PostSubject: wakil rakyat turun padang   Sat Jan 10, 2009 5:41 am

dear kita orang ulu yang disayangi.

setiap kali menjelang pilihanraya, disitulah kita rakyat adalah kuasa yang paling besar dalam sistem demokrasi. kita mesti membuat tuntutan - tuntutan dengan bakal-bakal calon yang bertanding. kita tuntut geran tanah, kita tuntut kemudahan asas, kita tuntut jalan raya yang lebih baik, kita tuntut dua orang doktor perubatan di klinik daerah asap, kita tuntut ambulance,kita tuntutan segala kemudahan infrstructure yang lengkap dan sepatutnya untuk rakyat semasa bakal @ calon wakil rakyat turun padang menemui kita. inilah hak kita. bukan wakil rakyat yang tuntut kita mengundi mereka, tetapi sebaliknya kita yang menentukan siapa yang kita pilih. pilihan kita mesti lah berasaskan calon yang menyintai rakyatnya, berusaha untuk pembangunan dan kemajuan rakyat dan sentiasa meletakkan isu dan masalah rakyat keutamaan dalam pekerjaan beliau sebagai wakil rakyat. kita tidak mau wakil rakyat yang datang pada kita semasa kempen dan memberi kita makanan percuma, memberi duit sagu hati, menyumbang minuman keras dan sebagainya. itu ertinya kita mengadai hak kita, maruah kita dan bangsa kita untuk tempoh lima tahun lagi maka tiada lah perubahan kita orang ulu.

cuba anda bayangkan, setiap kali menjelang pilihanraya, bakal wakil rakyat kita akan menyumbang wang sebanyak RM 50 atau RM 150 dan sebagainya agar kita mengundinya. itu ertinya anda menjual hak anda. bayangkan harga hak anda hanya bernilai serendah RM50. mana perginya maruah kita. ke mana?? kita menjual hak kita selama 5 tahun kepada calon tersebut ertinya nilai sebulan maruah kita dalam adalah RM0.80sen. cuba kita bayangkan. adakah kita sanggup menjual hak kita serendah 80sen sebulan untuk calon tersebut. sedangkan harga sebotol 500ml mineral water adalah RM2.00. adakah kita mau menjual hak kita kerana setin @ sebotol beer heneiken, tiger, stout, orangeboom, yama, cap apek dan sebagainya. sudah tentu tidak............ kita anak anak muda orang ulu yang berpendidikan, kita harus berkongsi maklumat dan idea dengan orang-orang kampung kita supaya kita dapat membangun dan memajukan bangsa kita dari segi mentali dan berdaya saing seiringan dengan bangsa lain di sarawak.. ilu mesti ubah gaya kimet lepok untuk maju... cun ake. anak orang ulu
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Ada tak aktiviti Pemimpin bersama Rakyat?   

Back to top Go down
 
Ada tak aktiviti Pemimpin bersama Rakyat?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Buka Aktiviti Baru Dengan Menggunakan Calendar
» Creative Rakyat Malaysia Bab2 Modified Motor Nie
» Jenis-jenis konvoi
» Pengenalan mengenai berkonvoi
» PROGRAM AHLAN WASALAN BIKERS bersama TV9

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ASAP COMMUNITY :: Event And Activities in Asap-
Jump to: