ASAP COMMUNITY

Forum for ASAP and BELAGA PEOPLES
 
HomePortalGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Masing pertahan tindakan roboh rumah di Jalan Bintulu-Bakun dan Sungai Asap

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 8
Join date : 2008-02-20

PostSubject: Masing pertahan tindakan roboh rumah di Jalan Bintulu-Bakun dan Sungai Asap   Thu Jul 17, 2008 10:37 pm

KUCHING: Menteri Pembangunan Tanah Dato Sri Dr James Masing mempertahankan tindakan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) yang merobohkan rumah di atas tanah kerajaan di Jalan Bintulu-Bakun dan Sungai Asap, kelmarin.

Menurutnya, tindakan itu tidak mencabul hak para penghuni rumah-rumah terbabit kerana kerajaan melakukannya berpandukan lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam Kanun Tanah Negeri.

“Status Tanah Hak Adat Bumiputera di kawasan-kawasan itu telah dilupuskan dan sudah dijadikan Tanah Negeri, penduduk sudah diberi pampasan.

“Anda tidak boleh membina rumah (di atas tanah kerajaan) kerana itu bukan tanah anda.

“Sebelum ini kerajaan sudah menyuruh mereka agar berpindah dan masa diberikan cukup untuk berbuat demikian,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu rumah penduduk di Jalan Bintulu-Bakun dan Sungai Asap dirobohkan di sini, semalam.

Kelmarin, JTS menerusi kenyataan akhbar memulakan kerja-kerja meroboh rumah yang dibina secara haram di atas tanah kerajaan.

Penguasa Tanah dan Survei Bintulu Ajmaen Superi menerusi kenyataan itu memberitahu, tindakan itu adalah kerana para penghuninya gagal mematuhi notis untuk mengosongkan bertarikh 2 Oktober 2007.

Notis berkenaan mahu para penghuni mengosongkan tanah kerajaan dalam masa 30 hari dari tarikh notis.

Susulan itu, beliau turut memberitahu jabatan berkenaan dan pegawai dari Pejabat Daerah Bintulu dan Belaga telah mengadakan sesi dialog pada 1 November 2007 yang membabitkan para penghuni setinggan bagi mengesahkan status tanah terbabit.

“Setiap tindakan yang diambil jabatan berkaitan isu ini adalah diperuntukkan dalam Kanun Tanah (Cap 81),” katanya.

Masing dalam masa yang sama berharap Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mempolitikkan isu berkenaan memandangkan kerajaan bertindak berpandukan peruntukan undang-undang.

“Sama anda pembangkang atau bukan anda mesti mamahami undang-undang tanah dan anda tidak harus memainkan isu ini.

“Kerajaan sangat baik dengan memberi surat amaran terlebih dahulu sebelum menyuruh mereka berpindah,” katanya.
Back to top Go down
View user profile http://asap.motionforum.net
jimmyusat



Posts : 4
Join date : 2008-11-02
Age : 39
Location : BINTULU

PostSubject: kasihan penduduk belaga   Sun Nov 02, 2008 7:11 am

kasihan betul penduduk2 belaga yang pondok, rumah dan gerai mereka di tepi jalan tu kena tebang. banyak lagi tanah kerajaan. bagilah peluang mereka untuk berkebun. tanah yang diberikan oleh kerajaan kepada penduduk sungai asap tu cuma 3 ekar sahaja. tak cukup. tak kan tinggal di negara sendiri pun kena halau macam tinggal di negara asing
Back to top Go down
View user profile http://umajuman.blogspot.com
Admin
Admin
avatar

Posts : 8
Join date : 2008-02-20

PostSubject: Re: Masing pertahan tindakan roboh rumah di Jalan Bintulu-Bakun dan Sungai Asap   Tue Nov 04, 2008 10:54 pm

jimmyusat wrote:
kasihan betul penduduk2 belaga yang pondok, rumah dan gerai mereka di tepi jalan tu kena tebang. banyak lagi tanah kerajaan. bagilah peluang mereka untuk berkebun. tanah yang diberikan oleh kerajaan kepada penduduk sungai asap tu cuma 3 ekar sahaja. tak cukup. tak kan tinggal di negara sendiri pun kena halau macam tinggal di negara asing
Betul tu... semasa di hulu sg Balui dulu, kita boleh menggunakan tanah sesuka hati...
Back to top Go down
View user profile http://asap.motionforum.net
wat
Guest



PostSubject: di bumi sendiri dilayan serupa orang asing   Sat Jan 10, 2009 1:42 am

"kerajaan prihatin rakyat" seperti yang selalu diwartakan di dalam media massa yang pelbagai. tetapi keadaan berbeza di kawasan belaga. pondok, langkau kebun dan sebagainya mahu diroboh. mana konsep kerajaan selama ini ""kerajaan prihatin rakyat'''?. mana YB kita, mereka sepatutnya membantu rakyat dalam keadaan begini. sekiranya Datuk James menyatakan sudah diberi pampasan kepada rakyat? mana perginya itu pampasan?rakyat di belaga langsung tidak tau menahu tentang itu. mana janji pilihanraya tempoh hari?

berkenaan jalanraya. bajet 2009 menunjukkan beratus juta peruntukkan untuk jalan-jalan raya di sabah dan sarawak. di mana kah itu bajet? Shocked bajet itu diwartakan untuk membina dan membaiki infrastrutur jalan raya di kawasan sarawak. mengapakah jalan asap tidak termasuk. sehinnga hari ini masih berlubang lubang? bagus lagi menggunakan jalan tanah merah.begitu juga dengan jalan raya yang menghubungkan uma sambop dengan lebuh raya bakun - bintulu. masih tanah, crusher run tidak tentu arah, tidak level dan lebih teruk dari jalan kem-kem pembalakkan. beginikah jalan untuk rakyat yang dibina oleh kerajaan???

cheers oh tuhan, selamatkanlah kami orang ulu..

mengapakah orang ulu sehingga berkurun ratus hidup di bumi sendiri masih tidak memiliki geran tanah masing-masing. mengapakah bangsa lain sudah memiliki geran tanah mereka. apakah kami orang ulu tidak layak memiliki geran tanah? atau tidak layak memohon geran tanah @ adakah kerana kami bumiputera kelas ketiga keempat dan sebagainya? apakah adanya peruntukkan di dalam perlembagaan malaysia mempunyai akta sedemikian rupa??? Crying or Very sad walaupun apa yang terjadi atau apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada kita orang ulu, kita tetap sayangkan kerajaan yang ada sehingga sejak mederka sehingga sekarang cuma satu kerajaan untuk orang ulu iaitu kerajaan BN. tetapi, adakah kita sanggup begini selamanya. ibarat orang asing di tanah air sendiri. No

Embarassed rakyat orang ulu yang saya sayangi. cuba kita renungkan. dimanakah kita 5 tahun akan datang? Neutral , sedangkan 57 tahun kebelakangan ini kita sudah kehilangan banyak hak adat istimewa kita sebagai orang ulu. tiada yang lebih istimewa daripada tanah sebab tanah lah tetap bermulanya kehidupan kita manusia. kita mati pun kembali ke tanah.
Back to top Go down
S.B
Guest



PostSubject: apakah semua ini   Wed Apr 28, 2010 12:27 pm

ya,memang kerajaan bertindak mengikut undang-undang, tapi apakah peranan kerajaan, bukankah kerajaan berperanan untuk menjaga kebajikan rakyat, tapi mengapa dan kenapa tindakan sedemikian kejam yang diambil, memang masyarakat belaga telah dibayar pampasan, tetapi pampasan yang dibayar adalah tidak setimpal.dimana lagi masyarakat belaga hendak mendirikan rumah mereka, dimana lagi masyarakat belaga hendak betani dan bercucuk tanam, tanah yang mana, bukankah semua tanah telah menjadi milik kerejaan negeri,pertanian adalah punca mata pencarian masyarakat belaga, dan saya lebih merujuk kepada penduduk belaga yang telah berpindah ke sg, asap.tanah yang diberi kerajaan terlalu kecil dan terhad, dan jauh dari rumah, dan sukar untuk dukunjungi dan diusahakan, oleh yang demikian, masyarakat bertindak mengusahakan tanah yang dekat, dan mendirikan rumah untuk berehat. janganlah rumah-rumah ini dirobohkan sewenang-wenangnya, seandainya, saya meletakkan anda ditempat mereka,apakah yang anda rasakan.renungkanlah.untuk membina sebuah rumah bagi org yang hidup susah adalah terlalu payah, tetapi kerajaan merobohkan rumah tersebut dlm beberapa minit sahaja. ingatlah, kerajaan terbentuk atas sokongan rakyat juga. masih byk lagi isu lain yang harus dipertikaikan dan mesti dipertikaikan yang berkaitan dengan masyrat org ulu.KAMI ADALAH MASYRAKAT ASAL USUL KAWASAN BELAGA..masih belum terlambat untuk kt perbetulkan kesilapan kita, jangan sampai penduduk bertukar fikiran.WALAUPAUN AGAK KETINGGALAN UNTUK SAYA KOMEN DISINI, TAPI SAYA MERASAKAN TIDAK LAH TERLALU KETINGGALAN, KERANA ISU INI MASIH HANGAT, DAN BYL LAGI ISU LAIN Evil or Very Mad No Question Exclamation Mad
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Masing pertahan tindakan roboh rumah di Jalan Bintulu-Bakun dan Sungai Asap   

Back to top Go down
 
Masing pertahan tindakan roboh rumah di Jalan Bintulu-Bakun dan Sungai Asap
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ada rumah (bukan flat) sekitar Puchong untuk dijual..? ..bajet ciput ( rumah low cost )
» Beli rumah sebelum atau beli rumah selepas kahwin?
» Nak Upgrade
» siput punya fork (suspension) depan
» KEPADA SEMUA GENG KLANG

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ASAP COMMUNITY :: ISU-ISU SEMASA-
Jump to: