ASAP COMMUNITY

Forum for ASAP and BELAGA PEOPLES
 
HomePortalGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 500 orang ulu sertai PKR

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Anonimou
Guest



PostSubject: 500 orang ulu sertai PKR   Tue Sep 09, 2008 8:21 am

Pengerusi PKR Bintulu Paul Raja sahkan mereka terdiri daripada penyokong PBB di Belaga

BINTULU: Seramai 500 Orang Ulu dari Uma Apan, Sungai Mejawah Belaga semalam menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi PKR Bintulu Paul Raja ketika dihubungi berkata, majoriti mereka terbabit terdiri daripada penyokong Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan Belaga.

Borang itu diserahkan oleh Ketua Uma Apan Keching Nyipa kepada Pengerusi PKR Ulu Rejang Frankie Bedindang di pekarangan Mahkamah Bintulu, di sini.

Penyerahan borang keahlian itu disaksikan Paul dan ahli PKR lain Michael Jok dan Merang Jok.

Difahamkan selain Uma Apan, ada tiga buah rumah panjang di kawasan itu didakwa berhasrat untuk menyertai PKR.

Kumpulan terbabit mendakwa mereka bertindak demikian atas perasaan tidak puas hati berhubung masalah tanah.

Mereka telah mendiami kawasan itu sejak 200 tahun lalu dengan nenek moyang pertama mereka ialah Unyang Batok.

Petempatan itu terletak kira-kira 178 kilometer dari bandar Bintulu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Dr Stephen Rundi menafikan dakwaan ahli PBB di kawasan Bakun atau Belaga menyertai PKR.

“Saya sudah memeriksa dakwaan ini, ini hanya khabar angin. Kami tidak menerima apa-apa laporan setakat ini,” katanya ketika dihubungi dari Kuching.

Manakala, Setiausaha Eksekutif PBB Awang Bujang Awang Antek yang turut dihubungi memberitahu tidak ada menerima berita mengenai perkara berkenaan.

“Saya sudah memeriksa khabar angin yang berkenaan dan tiada sesiapapun dari ahli PBB di Belaga yang menyertai PKR, sebagaimana yang didakwa,” katanya ketika menghubungi Utusan Borneo di Kuching malam tadi.
Back to top Go down
 
500 orang ulu sertai PKR
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kisah Sebenar Orang Berhutang - Baca kisah nie.. menarik utk org suka berhutang mcm saya..
» Gambar Nexus 500 dan Piaggio X Evo 400
» ade tak orang ulang alik KL - Melaka
» Moderator diperlukan..
» tips keselamatan ride atau elak jatuh vts 200

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ASAP COMMUNITY :: ISU-ISU SEMASA-
Jump to: